Thursday 13 April 2017

Heartstrings Because I miss you Lyrics

Pesan ayah..


Assalamualaikum, dah lama xupdate blog nie. berape tahun dah ea agaknya..? hahah..

Well, hari nie bukak balek blog nie pown sbb ada la sorang hamba Allah nie..dia g cari nme kita kat google..pastu terjmpe blog kita nie..abis sume dia bace pasal kita. hahaha..tp kita okay jew..xkesah pown.

Hari nie iqin nak share pasal pesan ayah iqin pd iqin. Pesanan nie ayah ckp dekat iqin selepas ambik keputusan upsr dan dalam perjalanan nak ke sekolah menengah. sje nak tgok sekolah bru..so dlm perjalan tu, ayah ckp.." iqin dah nak msuk form1 nie..ayah xnk dgr pasal cinta2, pasal couple2..fokus ngn belajar, berkawan xpe". then, strt la ayah mentarbiahh kan anak ppuan 1st dia nie..haha

Ayah pesan.. CINTA itu adalah :

Cetusan
Impian
Nafsu
Tanpa
Analisa

itulah definisi CINTA yg ayah beri pd iqin. mksd ayah mendifinisikan cinta seperti itu sebenarnya adlah merujuk kepada CINTA yg didefinisikan oleh kebanyakan orang zaman sekarang nie. Mksd cinta yg sebenar itu sgt luas, dan mmpunyai erti yg sgt tak dpt digambarkan. okay..apa tu cetusan, impian, nafsu,tanpa, analisa?

Suatu hari, ketika aq sedang belajar di dalam perpustakaan kolej, aq terlihat seorang lelaki sedang berjalan masuk ke dalam perpustakaan. orangnya tinggi, putih, dan dia memakai jeket berwarna hitam smbil tgn sebelah kirinya memegang helmet berwarna biru kesukaannya. saat aq melihat dia, seolah2 waktu terhenti seketika. pandangan aq hanya pada dia. aq xnmpak bnda lain dah. kwn depan aq panggil aq byk kali pown, aq xsedar. sehinggalah dia hilang dari pandangan aq..brulah aq tersedar.hahaha..teruk btol !!hahah( itu cetusan namanya)

Kemudian, sejak dari hari itu, aq selalu tunggu dia. selalu cari dia. masuk library, cari tempat duduk depan sekali supaya aq dpt lihat dia. pernah suatu hari, aq ekori dia..mane dia pergi. sje menggedikk..ahakz! sebenarnya nak berkawan dgn dia. saja nak kenal2. mana tahu dri perkenalan boleh jd pasangan..hahaha..gedik lagi, ahakzz!!
 (ini, namanya impian. impian ingin memiliki).

Hari kian berlalu. aq meneruskan impian aq tu hari demi hari. tapi, pada suatu hari, aq terlihat dia diats motornya. dia baru smpai, sedang parking motor gahh dia tuhh..haha. mamat nie, dia rider, so paham2 je lahh motor dia rupe mcm mne kan. aq nak sebut jenama motor dia pown xingat dahh..byk sgt jenis motor..haha.
aq plan nak tulis surat. lepas tu nk letak kat motor dia tuh..acah2, blackmail..hahahah..tp aq xtulis pown surat tu, xberani. hee~~ (keinginan utk tulis surat itu nafsu.nafsu ingin mendekati dia)

Selepas beberapa hari duk usha mamat nie, tiba -tiba aq terlihat dia sedang berjalan smbil memegang erat tangan seorang perempuan. aq xkecewa pown dia ada awek. tp aq kecewa sbb dia sentuh tgn awek tuh..muka dia nmpak baik, muka putih bersihh..tp syg..dia xpandai nak jaga perempuan, dia xhormat perempuan, dia sentuh seseorang yg bukan mahramnya, itu yg menjadikan aq sgt kecewa. bukan itu sahaja, dia juga merokok. aq xsuke lelaki  yg merokok. mmg dlm list ciri2 seorang suami yg aq cari ialah salah satunya dia tidak merokok. bukanlah aq memandang hina dgn org yg merokok nie, tp aq pk kan soal masa depan aq, masa depan anak2 aq nnty. andaikata seorang lelaki itu, asalnya merokok..dan dia cube utk berhenti merokok,usaha dan usaha dan akhirnya dia berjaya berhenti merokok..pintu hati aq masih boleh menerima. asalkan masa kawin ngn aq tu dia dah berhenti merokok..kesimpualannya kat sini, aq xkecewa langsung sbb dia ad awek..aq kecewa sbb dia pgg tgn ppuan tu n sbb dia merokok. muka hensem mcm mne pown, tp kalo perangai xelok..hati aq pown boleh tertutup k. walopun dah lama dok usha mamat tu..tp sbb perangai dia mcm tuh, terus aq lupekan dia. sebenrnya bukan suke sgt pown kat mamat tu. sje nakal2 time remaja. mengedikkk namanya..hahaha..( nie la dimksdkan dgn tanpa analisa. tnpa kita kenal siapa dia sebenarnya)


Jadi, point ayah iqin kat sini sebenrnya, nak bgtau yg perasaan cinta antara lelaki dan perempuan nie adalah disebabkan cetusan itu td. dimana kemudiannya,membawa kepada satu impian iaitu impian ingin memiliki org itu. dan drp impian itu, timbulnya nafsu dimana rasa ingin mendekati org itu, sehinggakan kdg2 kita melakukan perkara yg tidak pernah kita lakukan dan tidak tercapai diakal. disebabkan 3 perkara itu,kita terlupa satu perkara iaitu untuk menganalisa org itu dgn baik sebelum kita benar2 jatuh hari pd org itu.

cerita diats itu, bukan cerita iqin ea. hanya cerita yg iqin reka untuk mmberi "clear view" tntng definisi cinta yg iqin mksdnkan td. Semoga bermnfaat kepada sesiapa yg mmbaca kerana perlu kita ingat bersama2 bahawa, disebabkan cinta yg berlandaskan nafsu inilah, terjadinya perkara2 yg membawa kepada zina. dan akhirnya anak2 kecil yg bersih, suci, tidak bersalah, turut menjadi mgsa dan tidak dihargai ats kelahirannya.  Allahuakbar, semoga Allah melindungi dan menjaga hati ku, diri ku, fikiran ku, tuturkataku, tingkah laku ku, dan nafsu ku.Amiin. wasalam..